Kalau dulu, hiburan anak-anak hanya televisyen atau bermain di luar rumah, hari ini situasinya jauh berbeza. Smartphone, tablet, YouTube, TikTok dan game online sudah menjadi “teman harian” anak-anak, malah ada yang tak boleh makan atau tidur tanpa gajet.
Ramai ibu bapa mula sedar masalah ini, tapi bila cuba kurangkan screen time, anak terus mengamuk, menangis, merajuk, atau jadi agresif. Akhirnya, ramai yang mengalah dan bagi semula gajet, bukan sebab tak tegas, tapi sebab nak elakkan konflik.
Realitinya, isu ini bukan sekadar “anak manja” atau “tak dengar cakap”. Ia melibatkan psikologi, habit, dan cara kita sebagai ibu bapa menguruskan teknologi dalam kehidupan seharian.
Berita baiknya, screen time boleh dikawal tanpa perlu jerit, marah atau paksa. Tapi pendekatan kena betul.
Apa Itu Screen Time & Berapa Had Yang Disarankan
Screen time merujuk kepada masa yang dihabiskan oleh anak menggunakan peranti digital seperti:
Telefon pintar
Tablet
Televisyen
Komputer / laptop
Konsol permainan
Had Screen Time Mengikut Umur (Cadangan Umum)
Bawah 2 tahun: Elakkan sepenuhnya (kecuali video call)
2–5 tahun: Maksimum 1 jam sehari
6–12 tahun: 1–2 jam sehari (bergantung aktiviti)
Tapi satu kesilapan besar ramai ibu bapa: mereka hanya fokus pada “jumlah masa”, bukan “jenis penggunaan”.
Screen time aktif (belajar, interaktif, educational apps)
Screen time pasif (scroll tanpa kawalan, binge video)
Masalah sebenar biasanya datang dari screen time pasif dan bukan semata-mata tempoh masa.
Kesan Screen Time Berlebihan Pada Anak
Ramai anggap “ala, budak tengok YouTube je pun”. Tapi kesannya jauh lebih dalam.
1. Kesan Fizikal
Mata cepat penat, risiko rabun meningkat
Postur badan tak betul
Kurang aktiviti fizikal → risiko obesiti
2. Kesan Emosi & Tingkah Laku
Mudah marah bila diganggu
Tantrum bila gajet diambil
Kurang sabar (nak semua cepat)
3. Kesan Perkembangan Otak & Sosial
Lambat bercakap (terutamanya bawah 5 tahun)
Kurang kemahiran komunikasi
Sukar fokus dalam jangka panjang
Ini bukan teori kosong kerana ia berkait dengan bagaimana otak kanak-kanak bertindak terhadap rangsangan digital yang terlalu cepat dan berulang.
Kenapa Anak Mudah ‘Ketagih’ Screen
Kalau anda rasa anak “ketagih gajet”, sebenarnya ada sebab yang sangat logik.
1. Kesan Dopamin
Setiap kali anak tengok video menarik atau menang game, otak akan lepaskan dopamin iaitu hormon “rasa seronok”.
Masalahnya?
Otak mula “crave” lebih banyak rangsangan, jadi aktiviti biasa jadi membosankan.
2. Content Direka Untuk ‘Hook’ Perhatian
Platform seperti YouTube dan TikTok direka dengan algoritma:
Video pendek & laju
Visual terang & bunyi kuat
Auto-play tanpa henti
Ini buatkan anak susah berhenti dan ianya bukan sebab anak degil, tapi sebab sistem memang direka begitu.